Friday 23 October 2015

Kebaikan Delima




As-salam & salam indah di pagi Jumaat...

Hari ini Madam ingin kongsi tentang pati jus delima yang boleh kita dapati dari produk NAR EKSISI (gulsan) Pomegranate Concentrate. Produk Halal Turki ini dipek dalam botol setinggi 20 cm ini seberat 250 ml In Syaa Allah tersimpan banyak khasiat untuk pelbagai jenis penyakit dan ada banyak kelebihan jika diamalkan secara istiqamah. Alhamdulillah, madam baru merasai pati delima ini dalam masa dua hari dan Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah kurniakan. Terima kasih kepada saudari Rayyan Amo (Fb buddy) yang mengesyorkan madam satu ketika dahulu.


Friday 16 October 2015

ISTANA DAJJAL DI JABAL HABSHI



FREEMASON :
MADINAH, ISTANA DAJJAL DI JABAL HABSHI
Inilah Istana Dajjal sedang dalam pembinaan di Jabal Habshi.. Menurut alim ulama Mesir, may be dajal will be appear from this place which is out of Haram range in Madina.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Dajjal (penipu pada akhir zaman), Dajjal akan datang, memanjat dan menetap di atas Jabal Habshi, melihat ke arah Madinah dan bertanya kepada para pengikutnya;
''Adakah anda melihat Istana Putih itu? itu lah Masjid Muhammad.''
Kemudian Dajjal akan cuba mendekati kota Madinah dan mencari jalan di setiap sudut tetapi malaikat menghalangnya dengan pedang dan Dajjal akan sampai ke tanah lapang Al Jurf dan membuat kem. Madinah akan bergegar sebanyak 3 kali dan akan ada orang munafik lelaki atau wanita keluar untuk menyertai Dajjal, ini adalah hari pembersihan"
(Hadis Sahih Shawahid oleh Sheikh Mustafa al 'Adawi dalam Sahih al Musnad, Hadis al Fitan (Jilid: 1991, m/s: 496)
Dari Anas bin Malik r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:
"Tiada suatu negeri pun melainkan akan diinjak oleh Dajjal, kecuali hanya Makkah dan Madinah yang tidak. Tiada suatu lorong pun dari lorong-lorong Makkah dan Madinah itu, melainkan di situ ada para malaikat yang berbaris rapat untuk melindunginya. Kemudian Dajjal itu turunlah di suatu tanah yang berpasir di luar Madinah, lalu kota Madinah bergoncanglah sebanyak tiga goncangan dan dari goncangan-goncangan itu Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mengeluarkan akan setiap orang kafir dan munafik".
(Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)

DAJJAL MENYERUPAI NABI PALSU
Dajjal akan merupa diri sebagai Nabi Isa a.s..
Wajah sbnrnya akan terdedah ketika dia bertentang mata dgn Nabi Isa a.s di pintu bablud nti..
Jika Dajjal menjelmakan dirinya bermata satu, maka sia-sialah pengembaraannya selama beribu2 tahun
Bknkah Nabi kita berpesan bahawa Dajjal akan mendakwa dirinya Nabi pd awal kemunculannya???
Dan kemudian mendakwa dirinya Tuhan???
Kenapa ada yg mengikutnya ketika Dajjal sejauh itu tega mengaku dirinya Tuhan???
Krn itu sebaik sahaja Nabi palsu ini bertembung dgn Nabi Isa a.s,maka cairlah topeng yg menutupi wajah sbnrnya kelak..
Siapakah yg sedang dinanti oleh umat Islam dan umat kristian akhir zaman ini jika bukan Nabi Isa a.s..
Maka disitulah Dajjal mempunyai peluang dan manfaat besar utk memperdaya sekelian umat manusia..
Jika Dajjal itu merupa diri sebagai org lain, mana mungkin dia mampu mengumpulkan puluhan ribu manusia menyertainya??
Doakan agar kita terbenteng dari fitnah Dajjal..
Info lanjut :
FITNAH DAJJAL
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata : “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?”
Orang itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama.
Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan ku hidupkan dia semula.
Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula.
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh.
Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
KESIMPULAN
Adakah kita telah siap sedia berhadapan dengan al Masih ad Dajjal? Segala kelengkapan untuk Dajjal telah dipersiapkan oleh pengikutnya (Freemason) dan terbukti berdasarkan hadis-hadis berkaitan..
Akan tetapi harus diingat bahawa Dajjal tidak akan datang kepada setiap orang manusia dan di setiap penjuru muka bumi ini dengan memperlihatkan dirinya yang 'bermata satu' (luaran) untuk membuktikan dan juga menyesatkan manusia tetapi cukup sekadar menciptakan satu sistem kehidupan yang mana manusia diperhambakan dalam pelbagai aspek duniawi yang sibuk, penuh nikmat, keselesaan, tidak bertuhan dan jauh dari pegangan mahu pun petunjuk Al Quran dan as Sunnah agar umat Islam sentiasa lalai dan menjauhkan diri dari beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT sehinggakan dalam diam ia membutakan 'mata hati' di dalam diri kita, ini lah sebahagian fitnah al Masih ad Dajjal..
Adakah kita sedar apa yang sedang berlaku?
Masih lalai atau masih tidak percaya?
Asyik dengan kesibukan hidup dunia?
Al Quran dan as Sunnah (hadith) telah menceritakan segalanya bagi mereka yang mahu membuka mata hati.
"hidup ini bukan lah kehidupan, mati itulah permulaan kehidupan. Jika merasakan hidup ini adalah kehidupan, hatimu telah pun mati dari kehidupan."

WALLAHU A' LAM

Sunday 11 October 2015

JobDiRumah.Com Memberi Peluang Kerja Di Rumah



 Hai semua! Apa khabar?

Selamat datang ke blog Madam B Stop Wishing Start Doing. Hari ini hari minggu, Ahad yang cerah dan madam percaya hari ini hari penuh semangat lagi cergas selepas mengikuti Hari Sukan Negara semalam yang berlangsung seluruh negara. Nasihat madam teruskan bersenam dan beriadah tiap pagi atau petang sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk kekal fit.

Baiklah, madam ingin kongsikan job atau kerja di rumah bagi entri hari ini. Madam tahu ada individu di luar sana yang sedang mencari-cari kerja yang sesuai untuk dibuat di rumah sahaja bagi menambah pendapatan diri dan membantu famili. OK jangan risau sebab JobDiRumah.Com  ada solusinya.

Bayaran agak lumayan bergantung pada kerja yang anda pilih dan dengan tugasan yang pelbagai pilihan boleh dipilih mengikut kebolehan dan kepakaran anda. Anda tak semestinya mesti ada kepakaran yang sangat WOW! dalam menggunakan perisian komputer. Cukup anda BOLEH dan MEMPUNYAI ...
  • Menulis, membaca dan faham bahasa Inggeris.
  • Mengunakan komputer dan internet dengan baik.
  • Komputer/ laptop sendiri. (Lebih baik)
  • Akses ke talian internet di rumah.(Kafe siber pun boleh)
Yang best...Anda boleh buat secara sambilan / sepenuh masa. Up to you!
Akhir sekali, sebaik selesai tugasan, anda akan terima bayaran upah melalui Paypal, Cek atau deposit tunai.

Itu sahaja perkongsian untuk Ahad yang penuh ceria ini. Jangan lupa ya, " Stop staring, start working".


Saturday 10 October 2015

Hari Sukan Negara

Salam sejahtera dan selamat menyambut hari sukan!

Perdana Menteri Malaysia telah istiharkan setiap Sabtu minggu kedua pada Oktober setiap tahun sebagai Hari Sukan Negara. Maka hari ini 10 Oktober hari Sabtu dengan rasminya dijadikan sebagai Hari Sukan Negara bagi Malaysia. Suami madam pagi-pagi lagi sudah ke tempat kerja kerana sama-sama ingin memberi sokongan yang padu sempena Hari Sukan Negara di Kelantan. Anda yang lain bagaimana? Madam percaya sambutan yang meriah dan aktiviti berbeza-beza dan menarik diadakan di setiap negeri terpilih. Di Kelantan ada Senamrobik Perdana, Futsal, Frisbee, berbasikal, bola sepak dan banyak lagi aktiviti sihat. Kepada yang turun padang pagi tadi, tahniah kerana anda telah buktikan selaku rakyat Malaysia yang aktif dalam menyahut seruan negara. Kepada yang tidak berkesempatan , jangan lupa Jom Turun Padang pada tahun berikutnya!


Jom LIKE page Hari Sukan Negara beramai-ramai.

Maklumat lanjut layari laman HARI SUKAN NEGARA.